kiraan kalori makanan


Apakah dia kalori?
Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup.
Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.

Pilihlah makanan yang kurang kalori menggantikan makanan yang berkalori tinggi, seperti :

Semangkuk meehon sup menggantikan sepinggan kuih teow goreng,

(350 kalori)
(600 kalori)
Segelas air kacang soya menggantikan sebotol minuman ringan,

(60 kalori)
(150 kalori)
Sepotong buah segar menggantikan semangkuk bubur caca,

(60 kalori)
(300 kalori)





Jumlah : 470 kalori
1050 kalori

Sajian makanan segera
Pilih yang berkalori rendah : dari makanan segera yang berkalori tinggi seperti :

burger keju, 317 kal
whooper sandwich, 628 kal
buah-buahan, 60 kal
kentang goreng, 227 kal
air atau teh tanpa gula, 0 kal
coke, 150 kal
salad tanpa dresing, 28 kal




Jumlah : 405 kalori
Jumlah : 1005 kalori
Petua memilih makanan di restoran :

  • sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar

  • baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.

  • Minta salad tanpa dresing

  • minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG).

  • Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba

  • pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar

  • jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan

  • jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong

  • pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah

  • minta buah-buahan sebagai pencuci mulut

  • minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau arak

  • No comments:

    Post a Comment